Kuala LumpurIni merupakan permulaan kepada catatanku. Sebenarnya aku telah lama di dalam dunia blog ini, cuma bezanya kali ini aku akan menceritakan apa sahaja pandanganku terhadap apa jua isu relevan, tidak kira sama ada ia adalah muzik, seni lukis, politik, pekerjaan dan isu-isu sosial.

Aku tidak berharap untuk menyinggung sesiapa di dalam blog ini, memandailah untuk aku menganggap ruangan blog ini milik peribadi dan aku boleh meluahkan rasa seadanya. Dan untuk kali ini biarlah aku memberikan pandangan sebebas bebasnya di ruang maya ini.

Sekadar catatan pembuka tirai, harapan aku ialah semua orang dapat berkongsi idea denganku. Tidak kira sama ada pembaca berlainan bangsa, agama, fahaman politik dan sebagainya asalkan minda terbuka maka anda dialu-alukan untuk membaca dan menelaah blog ini.

Saya akan pastikan blog ini sarat dengan ilmu dan persepsi semasa. Dan Insya Allah moga blog ini bebas dari unsur-unsur yang tidak sihat seperti bahan lucah dan sebagainya.